Portal berita Bangkok Post me­laporkan hanya dua daerah di Yala iaitu Muang Yala dan Raman dilaporkan masih mengalami banjir berbanding lapan daerah sebelum ini.
Wilayah Yala dilanda banjir dan tanah runtuh sejak 17 Disember lalu, menyaksikan tiga orang maut, dua orang cedera dan 37 buah rumah, tiga hospital komuniti, 27 buah sekolah, empat buah masjid dan 20 kilometer tanah pertanian rosak.
Bencana alam tersebut turut menyebabkan 97,000 orang dipindahkan dan 40 buah sekolah terpaksa ditutup di wilayah itu.
Jabatan Meteorologi melaporkan zon tekanan tinggi dari China semakin lemah menyebabkan monsun timur laut tidak akan membawa hujan lebat ke hemisfera selatan.
Bagaimanapun, jabatan itu memberi amaran satu lagi zon tekanan tinggi akan mempengaruhi rantau ini bermula Ahad ini sehingga minggu depan yang akan me­nyaksikan hujan lebat berterusan.
Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, hari ini melawat mangsa banjir di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat.
Sementara itu, di Colombo, Sri Lanka kejadian banjir lumpur meng­akibatkan seramai 14 maut dan 80,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.