19 December 2014

Ekstradisi rakyat dakwa hina raja

Bangkok: Kerajaan Thai mengadakan kerjasama dengan pegawai negara asing untuk mengekstradisi rakyat negara itu yang dituduh menghina raja dan melakukan kesalahan lain.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Prawit Wongsuwan berkata, semalam, antara mereka yang diharap dapat diesktradisi ialah bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
“Kita perlu menjejaki mereka. Kerajaan akan mengambil langkah untuk membawa mereka pulang untuk dibicarakan di Thailand.
“Kita akan bekerjasama dengan negara terbabit supaya mereka yang kini menetap di luar negara selepas melarikan diri daripada undang-undang Thai akan diekstradisi,” kata Prawit.
Dia bagaimanapun mengaku berdepan dengan kesukaran kerana menghina raja tidak dianggap jenayah di negara tempat tertuduh menetap.
Prawit juga berkata, dia tidak tahu jumlah sebenar pesalah, tetapi menyebut, bilangannya ramai.
Selain itu, katanya, kerajaan juga berusaha membawa pulang pelarian politik yang dikehendaki di tanah air atas tuduhan salah guna kuasa. Mereka termasuk Thaksin, katanya.
“Pihak bertanggungjawab sudahpun melakukan tugas mereka dan memastikan semuanya selaras dengan undang-undang,” kata Prawit.
Dalam pada itu, panglima tentera Jeneral Udomdej Sitabutr yang juga timbalan menteri pertahanan menafikan kerajaan menggunakan undang-undang menghina raja untuk menahan musuh politik. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:14 AM


Thaksin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17393#sthash.Ne7WN2W8.dpuf

No comments:

Post a Comment