6 December 2014

Keganasan berterusan

Bangkok: Keganasan di tiga wilayah selatan Thai berterusan semalam apabila tiga serangan berasingan meragut tiga nyawa dan menyebabkan seorang cedera.
Di daerah Rangae, Narathiwat, seorang wanita, Jehmenoh Sani, 52, mati selepas ditembak ketika menunggang motosikal.
Siasatan menunjukkan dia keluar dari rumahnya awal pagi untuk ke pasar. Dua lelaki bermotosikal mengekori dan menembaknya dua kali sebelum melarikan diri. Mangsa mati di tempat kejadian.
Di Pattani, seorang lelaki, Awae Ji, 50, mati selepas titembak di perut dan kepala. Dia dikatakan meninggalkan rumah untuk ke kedai kopi apabila diserang.
Di Yala, sekumpulan lelaki dipercayai anggota pemisah menyerang hendap dua sukarelawan pertahanan yang menunggang motosikal di daerah Muang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 8:17 AM


POLIS memeriksa mayat Jehmenoh Sani yang ditembak mati di Narathiwat, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14030#sthash.tZGKTubh.dpuf

No comments:

Post a Comment