20 September 2014

Penduduk tawar hadiah


Bangkok: Penduduk Pulau Koh Tao, tempat dua pelancong Britain dibunuh dengan kejam, semalam mengumpul dana untuk menghadiahkan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat mengenai pembunuh terbabit.

Sementara itu, usaha mengesan suspek dalam pembunuhan David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, yang ditemui mati dalam keadaan berbogel berhampiran sebuah banglo tepi laut Isnin lalu, diteruskan.


“Kami menawarkan 50,000 baht (RM5,000) kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya suspek. Wang ini disumbang penduduk pulau ini,” kata Datuk Bandar Koh Tao, Chaiyan Turasakul. Pembunuhan kejam itu memberi tamparan baru kepada imej Thailand sebagai ‘syurga pelancong,’ selepas ia terjejas akibat tunjuk perasaan politik selama beberapa bulan sebelum berakhir dengan rampasan kuasa Mei lalu.



Puluhan penduduk pulau terbabit mengadakan majlis keagamaan untuk kedua-dua mangsa, kelmarin dan ramai yang membantu polis menjejaki pembunuh berkenaan.


Semalam, ketua polis wilayah, Panya Maman berkata, 160 anggotanya terbabit dalam usaha mencari klu kepada pembunuhan itu.


“Saya juga mengerah anggota saya di pulau berhampiran untuk membantu,” katanya.

Dengan tiada tangkapan dan petunjuk baru, setakat ini tidak dapat dijelaskan hala tuju siasatan polis selepas ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/20

No comments:

Post a Comment