2 September 2014

Ketua sami penagih


Bangkok: Seorang ketua sami di wilayah Kanchanaburi ditahan dan dibuang daripada kehidupan di kuil kerana mengambil dadah methamphetamine serta memiliki klip video lucah dalam telefon bimbitnya.

Pihak berkuasa bertindak selepas mendapat aduan penduduk.

Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa juga ditunjukkan rakaman Phra Prasong Analyo, 41, membeli dadah.

Ketika ditahan, Phra berada dalam keadaan khayal manakala ujian air kencing menunjukkan kesan dadah.

Pihak berkuasa turut mengesan klip video lucah dalam telefon bimbitnya.

Phra mengaku melakukan kesalahan itu sebelum dibawa menghadiri majlis untuk membuangnya daripada masyarakat sami.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

No comments:

Post a Comment