30 September 2014

Serah tugas pada sekutu


Bangkok: Panglima Tentera Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha akan menyerahkan tugasnya kepada sekutu dipercayainya minggu ini dan melangkah memasuki dunia politik awam sebagai ketua kerajaan.

Prayuth, 60, yang mengetuai kudeta menyingkirkan Yingluck Shinawatra daripada kekuasaan pada Mei lalu diraikan dalam majlis perpisahan semalam. Di sebalik peletakan jawatan itu Prayuth akan kekal sebagai ketua junta yang mempengerusikan Majlis Keamanan Dan Ketenteraman Awam Kebangsaan. Pengganti Prayuth ialah rakan rapatnya, Jen Udomdej Sitabutr dan langkah itu dilihat penganalisis sebagai isyarat dominasi kumpulan tentera yang menentang abang Yingluck yang juga bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra. Pada masa sama, pemerhati meramalkan kemungkinan pengaruh Prayuth akan mula terhakis dengan peletakan jawatannya itu. Pensyarah Kajian Hak Asasi Manusia di Universiti Mahidol, Gothom Arya berkata, masalah boleh timbul jika Prayuth gagal bekerjasam dengan penggantinya. “Tanpa jawatan panglima tentera Prayuth tidak lagi memiliki pengaruh dan ia memberi kesan kepada dinamisme dalam junta,” katanya. - Reuters



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment