5 September 2014

Thai perketat kawalan keselamatan


Hat Yai: Pihak berkuasa Thai semalam meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan penting di bandar ini kerana bimbang kemungkinan berlaku serangan bom selepas menemui tong gas dalam longgokan sampah.

Polis percaya, seorang pejuang pemisah Faisal Hayeesama yang dikehendaki kerana serangan ke atas Lapangan Terbang Yai di wilayah Songkhla pada 2004 berada di bandar itu sama ada untuk membuat bom atau melatih pejuang untuk melancarkan serangan.


Menurut polis, tong gas itu mungkin ditinggalkan anggota pemisah selatan Thai.



Pegawai negeri mula mengambil langkah berjaga-jaga sejak minggu lalu berikutan amaran mengenai kemungkinan serangan akan dilancarkan.


Satu sumber berkata, Faisal berada di Hat Yai untuk membuat bom sementara rakannya mencari bahan dan kelengkapan diperlukan.


Pihak berkuasa juga diarah mengawasi kira-kira 100 warga Indonesia di wilayah Songkhla berikutan laporan beberapa rakyat asing sudah berada di Narathiwat untuk menyertai kumpulan pemisah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/05

No comments:

Post a Comment