12 September 2014

Pemimpin junta beri amaran jangan hina raja

BANGKOK: Pemimpin junta Thai Prayut Chan-O-Cha hari ini menegaskan rejimnya akan mengambil tindakan dari segi undang-undang, psikologi dan teknologi bagi melindungi raja daripada fitnah.
Amaran itu dibuat berikutan kenyataan Amnesty International bahawa sebilangan orang sudah pun diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina raja sejak rampasan kuasa, manakala 14 rakyat Thai didakwa di bawah undang-undang 'lese majeste' (berkaitan penghinaan terhadap raja) dalam tempoh kurang daripada empat bulan.
Raja Bhumibol Adulyadej, 86, kini dilindungi undang-undang paling tegas dan sesiapa yang didapati bersalah menghina raja, permaisuri atau kaum kerabat lain menghadapi penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan.
"Kami akan guna langkah perundangan sesuai, psikologi dan teknologi komunikasi ke atas orang yang berniat jahat ini," tegas Prayut dalam ucapan pertamanya sebagai perdana menteri di Dewan Perundangan Nasional, yang disiarkan menerusi televisyen.
Sejak merampas kuasa pada 22 Mei lalu, pihak tentera dan ketua junta itu, yang juga dilantik sebagai perdana menteri bulan lalu, menegaskan komitmennya untuk melindungi raja. - AP

No comments:

Post a Comment