4 September 2014

Thai bentuk pasukan baru sambung rundingan damai


Bangkok: Junta tentera Thai akan membentuk pasukan perunding baru menjelang hujung minggu ini untuk menyambung semula perbincangan damai dengan kumpulan pemisah Islam di selatan negara itu.

Setiausaha Agung Majlis Keamanan Dan Ketenteraman Awam (NCPO) Udomdet Sitabutr berkata, perbincangan yang melihat Malaysia memainkan peranan sebagai orang tengah akan diteruskan dengan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha bakal melantik anggota pasukan baru bagi mewakili kerajaan Thai.


“Anggota tentera, peguam dan para akademik akan menjadi sebahagian daripada pasukan kami,” katanya.



Rundingan dimulakan pada 2013 itu dipuji golongan akademik dan kumpulan hak asasi manusia, namun ditangguhkan selepas kerajaan terdahulu berdepan protes besar-besaran lewat tahun lalu.


Menurut Udomdet, Malaysia mengenal pasti kumpulan yang paling sesuai untuk menyertai perbincangan.


“Malaysia menemui pihak bertanggungjawab dan paling bersedia berbincang dengan kami.

“Sehubungan itu, rundingan damai pasti akan mendapat hasil positif,” katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04

No comments:

Post a Comment