27 September 2014

Thai tubuh majlis reformasi politik


BANGKOK 26 Sept. - Kerajaan junta Thailand hari ini membentuk sebuah majlis dianggotai 250 panel untuk menggariskan pembaharuan politik serta meluluskan Perlembagaan baharu, langkah terpenting menjelang pilihan raya umum negara ini pada akhir tahun depan.
Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha memilih sendiri anggota majlis tersebut, namun enggan mendedahkannya kerana masih belum mendapat perkenan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.
"Nama-nama ahli majlis ini akan dikemukakan kepada Raja Bhumibol. Anggota majlis terdiri daripada peguam, pakar akademik dan ahli-ahli pertubuhan sosial," katanya.
Kerajaan junta sebelum ini menjelaskan, Thailand perlu memperbaharui sistem politiknya, namun tidak pula mendedahkan langkah yang akan diambil. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140927/lu_09/Thai-tubuh-majlis-reformasi-politik#ixzz3ESXK3Qt3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment