29 September 2014

Helikopter sokongan Thai hilang


29 September 2014


YANGON - MYANMAR. Sebuah helikopter sokongan milik Thailand dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menghantar bekalan makanan kepada pasukan mencari dan penyelamat (Sar) di pergunungan Myanmar, semalam.

Sumber Yayasan Htoo berkata, helikopter Advance B-4 yang di tugaskan untuk menghantar bekalan makanan ke kem pangkalan Sar terputus hubungan kira-kira 20 minit sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Putao.

"Mereka yang berada dalam pesawat itu adalah juruterbang helikopter warga Thai, Chat Chawali; juruterbang warga Myanmar, Aung Myat Toe dan penaung Yayasan Htoo," dipetik AP.

Difahamkan, pasukan Sar telah berada di kawasan pergunungan berkenaan untuk mencari dua pendaki yang dipercayai sesat di Gunung Hkaka Borazi, timur Himalayah sejak 31 Ogos lalu.

Operasi tersebut turut disertai pasukan Sar dari China, Nepal, Thailand dan Amerika Syarikat. -

No comments:

Post a Comment