11 September 2014

Thailand kaji tarik balik undang-undang tentera di beberapa kawasan pelancongan

RABU, 10 SEPTEMBER 2014 @ 7:25 AM

 
BANGKOK: Kerajaan Thailand sedang mempertimbang untuk menarik balik undang-undang tentera di kawasan pelancongan sebagai sebahagian daripada pernyataan dasar kerajaan yang akan diisytiharkan kepada Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri Wisanu Krue-ngam berkata penarikan balik undang-undang tentera di beberapa kawasan pelancongan adalah sebahagian daripada langkah pelancongan.

"Ia boleh dipertimbangkan pada bila-bila masa selepas 12 September (perisytiharan pernyataan dasar kerajaan kepada NLA)," kata beliau pada taklimat media selepas mesyuarat Kabinet.

Mesyuarat hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ketua Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO), Jen Prayuth Chan-ocha, juga ialah mesyuarat persediaan bagi perisytiharan pernyataan dasar kerajaan kepada NLA.



Undang-undang tentera diisytiharkan di seluruh negara sejak 20 Mei, dan dua hari kemudian tentera merampas kuasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment