25 September 2014

Polis tingkat usaha buru Masaidee


Narathiwat: Polis meningkatkan usaha memburu seorang lelaki didakwa ketua kumpulan pemisah Islam di selatah Thailand, dikenali sebagai Masaidee.

Ketua Polis Daerah Rueso, Somprad Kunkanon berkata, pihak berkuasa percaya Masaidee dan beberapa rakannya bertanggungjawab membunuh seorang anggota keselamatan setempat Isnin lalu.

Dua lagi anggota polis juga cedera dalam serangan bom berkenaan.



Somprad berkata, pemisah terbabit menyasarkan unit khas polis yang ditugaskan melindungi guru yang berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari.

Bom berkenaan disembunyikan di tepi jalan sebelum diletupkan ketika kumpulan polis dan guru terbabit berada berhampiran.


Kata Somprad, mereka percaya Masaidee serta rakannya masih bersembunyi di daerah Rueso dan sedang menunggu masa sesuai untuk melakukan serangan lain di situ.


Serangan berkenaan juga memaksa tiga sekolah lain ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25

No comments:

Post a Comment