1 September 2014

Dua ditahan dituduh memfitnah


Bangkok: Polis semalam menahan sekurang-kurangnya dua orang kerana mengedarkan risalah menuntut tindakan undang-undang terhadap bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva dan timbalannya ketika itu kerana peranan mereka menangani rusuhan pada 2010.

Timbalan Ketua Polis Somyot Poompanmoung berkata, dua yang tidak dinamakan itu - dipercayai anggota keluarga mereka yang terlibat dalam pemberontakan empat tahun lalu itu - didakwa atas tuduhan fitnah selepas memnyebarkan risalah berkenaan di tepi jalan berhampiran stesen kereta api di Bangkok.


“Mereka melanggar undang-undang di depan anggota polis. Sehubungan itu kedua-duanya didakwa melakukan fitnah melalui penerbitan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda yang tinggi,” katanya.

Tuduhan bunuh dihadapi Abhisit dan bekas timbalannya Suthep Thaugsuban yang dikaitkan dengan tindakan keras terhadap penyokong Baju Merah dibatalkan Khamis lalu selepas mahkamah mendapati ia tiada bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

No comments:

Post a Comment