24 September 2014

Misteri pembunuh bakal terbongkar


Perkara berkenaan dinyatakan Pesuruhjaya Polis Wilayah Kelapan, Left Jen Panya Mamen semalam. 
Menurutnya, polis kini menyoal siasat pekerja bar, Montriwat Toovichien, 45, yang bertugas di lokasi terakhir mangsa - David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23 - dilihat beberapa jam sebelum ditemui mati pertengahan September lalu. 

Montriwat dikenal pasti lelaki yang ada dalam rakaman kamera litar tertutup yang dikaji polis untuk membantu siasatan.
Foto
MONTRIWAT tiba di balai polis untuk disoal siasat.

Dia yang juga adik ketua kampung di Koh Tao, Voraphan Toovichien, disoal siasat hampir tiga jam sebelum menghantar sampel DNA untuk semakan.

Montriwat dibenarkan pulang kira-kira jam 2.50 petang semalam. 

Voraphan turut tiba di balai polis tidak lama selepas adiknya disoal siasat dan menyerahkan sampel DNA. 

Panya berkata, suspek kedua yang melarikan diri ke Bangkok juga akan ditahan dalam waktu terdekat. 

Katanya, mereka sudah mengenal pasti semua suspek dan cuba mencari hubungan mereka dengan bukti yang diperoleh. 

“Saya minta orang ramai bertenang dan yakin dengan kami. Tidak ada yang akan menjadi kambing hitam dalam kes ini. 

“Seluruh dunia mengikuti perkembangan kes ini secara terperinci dan kami berusaha keras menyelesaikannya,” katanya, semalam. 

Dalam kejadian 15 September lalu, mayat Miller dan Hannah ditemui terdampar berhampiran sebuah banglo pesisir pantai dengan kesan pukulan. 

Berdasarkan keadaan mayat, Hannah juga dipercayai menjadi mangsa serangan seksual. 

Di samping itu, Panya memberitahu dua suspek yang bertugas sebagai pengendali bot laju sudah dibebaskan selepas pihak berkuasa membuat perbandingan DNA.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24

No comments:

Post a Comment