1 September 2014

Senarai Kabinet Thailand diperkenan Raja Bhumibol


BANGKOK: Kabinet baharu Thailand diumumkan hari ini selepas senarainya diperkenan oleh Raja Bhumibol Adulyadej.
Senarai itu diterbitkan dalam Warta Diraja pada sebelah petang dan termasuk 11 menteri daripada tentera dan seorang dari polis.
Kabinet dipimpin oleh Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan-ocha yang juga ketua Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO).
Tugas yang perlu dilaksanakan Kabinet termasuk memulihkan ekonomi dan menyatu padukan rakyat yang masih berpecah mengikut haluan politik, ketika negara itu menjalani pembaharuan yang membolehkannya kembali kepada demokrasi.
Thailand masih terletak di bawah undang-undang tentera dan junta tentera masih berkuasa, dan membahagikan tugas mentadbir negara pada kerajaan baharu.
Dalam senarai:
Perdana Menteri: Jeneral Prayuth Chan-ocha
Timbalan-timbalan Perdana Menteri:
1. Jen Pravit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan (bekas Menteri Pertahanan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva)
2. Jen Thanasak Pathimaprakorn, yang juga Menteri Luar
3. Pridiyathorn Devakula (bekas Gabenor Bank of Thailand)
4. Yongyuth Yuththawong.
5. Wisanu Krue-ngam.
Senarai Menteri:
1. Panadda Diskul, Menteri di Pejabat Perdana Menteri
2. Suwapan Tanyuwattana , Menteri di Pejabat Perdana Menteri
3. Somchai Phasi, Menteri Kewangan
4. Korbkarn Wattanwarangkoon, Menteri Sukan dan Pelancongan
5. Jen Pol Adul Saengsingkaew, Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia (bekas ketua polis)
6. Pitipong Pungboon na Ayudhaya, Menteri Pertanian dan Koperasi
7. Ketua Marsyal Udara Prajin Jantong, Menteri Pengangkutan
8. Jen Doapong Rattansuwan, Menteri Sumber Negara dan Alam Sekitar
9. Phornchai Rujiprapha, Menteri Penerangan dan Teknologi Komunikasi
10. Narongchai Akkaraserani, Menteri Tenaga
11. Jen Chatchai Sarikulaya, Menteri Perdagangan
12. Jen Anupong Paojinda Menteri Dalam Negeri (bekas panglima tentera semasa Jen Sonthi Boonyarakalin, ketua rampasan kuasa pada 2006)
13. Jen Paiboon Kumchaya, Menteri Kehakiman
14. Jen Surasak Kanchanarat, Menteri Buruh
15. Veera Rojpojanarat, Menteri Kebudayaan
16. Pichet Durongkaveroj, Menteri Sains dan Teknologi
17. Laksamana Narong Pipittanasai, Menteri Pendidikan
18. Ratchata Ratchatanavani, Menteri Kesihatan Awam
19. Jakkamol Phasukwanit, Menteri Industri
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Jen Udomdej Sitabutr, Timbalan Menteri Dalam Negeri
2. Don Pramudwinai, Timbalan Menteri Luar (bekas duta besar)
3. Akom Termpittayapaisit, Timbalan Menteri Pengangkutan
4. Apiradi Tantraphorn, Timbalan Menteri Perdagangan
5. Suthee Makboon, Timbalan Menteri Dalam Negeri
6. Krisapong Kiratikorn, Timbalan Menteri Pendidikan
7. Lt. Jen. Surachet Chaiwong, Timbalan Menteri Pendidikan
8. Somsak Chunharas, Timbalan Menteri Kesihatan Awam
- BERNAMA


No comments:

Post a Comment