25 September 2014

Prayuth akui selalu rujuk tukang telek


Bangkok: Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-ocha semalam berkata, dia tidak bercadang bertanding dalam pilihan raya akan datang dan menafikan dia membuat keputusan itu selepas mendengar pandangan tukang telek.

Kenyataan itu dibuat apabila wartawan bertanya mengenai kesahihan dia bertemu dengan tukang telek terkenal - ET - seperti dilapor media kelmarin.

Prayuth kemudian menafikan pertemuan itu ada berlangsung.



Bagaimanapun bekas Panglima Tentera Thailand itu mempertahankan tindakannya yang banyak merujuk kepada tukang telek yang dipercayainya.

“Apa salahnya jika saya mendapatkan pandangan mereka?” katanya.

Menurut Prayuth, seseorang tidak wajar memandang rendah kemampuan tukang telek.

Dia kemudian memberi contoh bagaimana ramalan mereka membolehkannya bersedia menghadapi serbuan wartawan.

Mengenai kemungkinan dia akan menjadi perdana menteri lagi selepas ini jika berkhidmat dengan baik, Prayuth berkata, segalanya terletak pada takdir dan karma.


Ditanya mengenai tempoh dia akan menjadi perdana menteri menurut ramalan tukang telek, Prayuth berkata, ada beberapa pandangan diberikan.

“Sesetengah mereka menjangkakan saya hanya bertahan dalam tempoh singkat, tetapi ada juga yakin saya bertahan lama.

“Apa yang pasti, saya sendiri tidak tahu,” katanya.


Dia juga menolak untuk bertanding dalam pilihan raya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/25

No comments:

Post a Comment