2 September 2014

Thai perkenal peraturan baharu visa


2 September 2014


BANGKOK - TAHILAND. Pihak berkuasa Thailand melaksanakan peraturan baru untuk permohonan visa sebagai usaha memajukan industri pelancongan dan mengelakkan mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan melanjutkan tempoh penginapan mereka di negara itu.

Sebelum ini, pelancong dari 48 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Singapura dibenarkan tinggal di negara itu selama 30 hari dengan setem pengecualian visa dari imigresen lapor CNA.

Bagaimanapun, di bawah peraturan baharu tersebut mereka hanya dibenarkan untuk melanjutkan tempoh visa penginapan itu tidak lebih daripada sekali.

Langkah terbabit didakwa bakal memberi kesan besar kepada individu yang menyalahgunakan sistem lama untuk masuk dan keluar ke sempadan negara itu. 

No comments:

Post a Comment