27 September 2014

Lelaki Thailand ditemui mati ditikam di Nilai

SABTU, 27 SEPTEMBER 2014 @ 5:02 PM

 
NILAI: Seorang lelaki warga Thailand ditemui mati dengan kesan tikaman di rusuk kiri di Jalan 1/2, Bandar Baru Nilai di sini, malam tadi.

Mayat Madaree Duaramae, 39, ditemui terlentang berlumuran darah oleh orang awam pada kira-kira pukul 8 malam tadi dan melaporkannya kepada polis, kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan Superintendan Khoo Leng Huat.

Katanya, polis menemukan satu mata pisau yang patah hulunya di dalam sebuah kedai kosong berdekatan jalan itu manakala hulunya ditemui di tengah jalan hadapan kedai itu.

Mayat mangsa yang bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan di Bandar Baru Nilai dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.



Beliau meminta saksi kejadian menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment