BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand kelmarin mendedahkan barisan nama dalam pelbagai bidang angkatan tentera termasuk ketua tenteranya yang baharu.

Jeneral Udomdej Sitabutr akan menggantikan Ketua Tentera Darat Semasa dan Perdana Menteri Prayuth Chan-O-Cha sebagai komander tentera pada hujung bulan ini, selepas tempoh Prayuth sebagai ketua tentera tamat.

Difahamkan, pelantikan Udomdej menandakan dominasi berterusan golongan tentera dikenali sebagai Harimau Timur, yang terkenal dengan kesetiaan terhadap institusi tradisional negara termasuk monarki.

Memetik laporan dpa, pelantikan ketua tentera baharu ini juga sekali gus akan membebaskan Prayuth daripada tanggungjawabnya dalam bahagian ketenteraan berikutan peranannya kini sebagai perdana menteri.