4 September 2014

PBB suarakan kebimbangan terhadap hak asasi di Thailand

Sejak rampasan kuasa dari kerajaan dipilih Mei lalu, tentera Thailand menyekat perbezaan pendapat di kalangan penunjuk perasaan anti kerajaan, menyekat media dan mengancam mereka yang didapati melanggar undang-undang tentera untuk dibicarakan di mahkamah tentera.
Pejabat Hak Asasi Kemanusiaan PBB bagi Asia Tenggara (OHCHR) merujuk kepada 'satu kemusnahan persekitaran bagi pembela hak asasi kemanusiaan' sehari selepas aktivis berkata mereka dihalang berdebat mengenai keadilan selepas rampasan kuasa Thailand berikutan tekanan dari junta.
"OHCHR bimbang mengenai meningkatnya sekatan terhadap pembela hak asasi kemanusiaan dalam melaksanakan hak mereka untuk perhimpunan aman dan kebebasan bersuara di Thailand," katanya dalam satu kenyataan, menggesa negara itu menghormati tanggungjawab hak asasi kemanusiaan antarabangsanya.
Kelmarin, penulis sebuah laporan mengenai hak asasi di Thailand sejak rampasan kuasa tentera berkata, mereka menerima panggilan telefon dari pegawai tentera memberi amaran menghalang mereka mengadakan satu perbincangan mengenai perkara yang boleh melanggar larangan perhimpunan awam.
Pihak berkuasa juga mengeluarkan satu surat di mana mereka 'meminta kerjasama kami' untuk membatalkan perbincangan itu berikutan keadaan yang disifatkan 'masih tidak normal," kata Peguam Thailand bagi Hak Asasi Kemanusiaan, Pawinee Chumsri yang menganjurkan majlis bersama Amnesty International Thailan dan Yayasan Silang Budaya.
Penunjuk perasaan anti kerajaan ditangkap, ditahan dan dalam beberapa kes mereka didakwa menentang pemerintahan tentera.
Bacaan umum secara simbolik novel karya George Orwell pada 1984 dan tabik hormat tiga jari dari filem Hunger Games adalaha biasa sejak beberapa minggu lalu selepas pengambilalihan tentera.
Ketua junta, Prayuth Chan-ocha yang disahkan sebagai Perdana Menteri dua minggu lalu berkata, beliau dipaksa untuk mengambil alih kuasa selepas beberapa bulan bantahan menentang kerajaan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra menyebabkan 28 penduduk terbunuh dan beratus-ratus cedera.
Beliau akan mengadakan satu pilihan raya baru sebelum Oktober 20015 walaupun rayuan antarabangsa untuk mengembalikan semula demokrasi ke negara itu.
Beliau juga berikrar untuk memantau perubahan itu yang bertujuan membersihkan politik dan masyarakat Thailand. - Agensi

No comments:

Post a Comment