5 September 2014

Majlis Pembaharuan Thailand dianggotai semua golongan rakyat

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha akan memilih anggota Majlis Pembaharuan Nasional daripada semua lapisan rakyat bagi melakukan perubahan politik menyeluruh dan meluluskan perlembagaan baharu.
Prayuth berkata majlis berkenaan akan menyediakan draf perubahan politik dan ekonomi, termasuk mengubah suai dasar tenaga, pendidikan, kesihatan awam, media dan perkara lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada satu majlis taklimat bagi menandakan permulaan proses pemilihan 250 anggota Majlis Pembaharuan yang akan ditubuhkan pada 2 Oktober hadapan.
"Kami mahu orang yang boleh bekerja dan tidak mengetepikan sesiapa. Kami mahu orang daripada semua lapisan masyarakat," tegasnya.
Justeru, tambahnya, anggota majlis akan dipilih dengan teliti dan secara telus. Matlamat majlis ini mencerminkan tuntutan oleh golongan penyokong dan penentang kerajaan yang menunjuk perasaan di jalan raya selama enam bulan sejak penghujung tahun lalu bagi menyingkir Perdana Menteri Yingluck Shinawatra. - Reuters

No comments:

Post a Comment