27 September 2014

Thai tidak akan tarik balik undang-undang tentera


26 September 2014


BANGKOK - THAILAND. Tiada rancangan untuk menarik balik undang-undang tentera yang diisytiharkan di seluruh negara di Thailand sejak 22 Mei, kata Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan-ocha.

Keputusan untuk menarik balik undang-undang tentera mesti melalui mesyuarat bersama Kabinet dan Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO), kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat NCPO atas kapasiti beliau sebagai Ketua NCPO mengenai pemilihan anggota Majlis Pembaharuan Kebangsaan (NRC) di sini hari ini.

"Bagaimanapun, mesyuarat bersama antara kabinet dan NCPO yang akan diadakan pada 7 Oktober, tidak akan mempertimbangkan bagi menarik balik undang-undang tentera", katanya kepada pemberita di Army Club hari ini.

Mengenai NRC, Prayuth berkata, 250 anggota telah pun dipilih dan senarai itu akan dipersembahkan kepada Raja Bhumibol Adulyadej untuk mendapat perkenan diraja. - Bernama

No comments:

Post a Comment