Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 11:52 PM
Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Pol. Kol Tuandir Chutanon, berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu, kesemua mangsa yang menaiki sebuah trak pikap ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat bulanan di Pejabat Daerah di sini.
Mangsa merupakan seorang Tok Penggawa dan empat penolong ketua Kampung Klong Maning, daerah Muang Pattani.
Chutanon berkata mereka ditembak dengan rifel M16 dan AK47 berikutan terdapat lebih 50 kelongsong peluru jenis itu ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata pihak polis sedang menyiasat sama ada motif kejadian itu berkaitan dengan konflik politik tempatan atau puak pemisah yang aktif di wilayah selatan negara itu.
No comments:
Post a Comment