Polis memeriksa pejabat biro daerah di wilayah Pattani selepas dibakar puak pemisah. Foto: AFP
Polis memeriksa pejabat biro daerah di wilayah Pattani selepas dibakar puak pemisah. Foto: AFP
BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand mengedarkan ratusan senapang kepada sukarelawan kampung di wilayah bergolak di selatan Thailand dalam usahanya mencari perdamaian terhadap konflik di kawasan itu.

Menurut jurucakap Operasi Keselamatan Dalaman (ISOC), Banphot Phunphien, kira-kira 2,700 senapang jenis Heckler & Koch HK33  diedarkan sejak dua bulan lalu kepada sukarelawan di rantau itu.

"Sukarelawan ditempatkan di dewan wilayah, dan pejabat daerah. Mereka perlu senjata dan tidak boleh berlawan menggunakan kayu. Mereka juga akan melindungi gabenor dan ketua daerah,"katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan-Ocha mengancam mengetatkan kawalan media kecuali mereka berhenti menyampaikan berita mengenai bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

"Berhenti menyiarkan sebarang berita tantang Thaksin kerana semua orang tahu bahawa dia telah melanggar undang-undang, laporan dipetik dari AFP.