5 November 2014

Sukarelawan selatan Thai dilengkapi senjata


Bangkok: Tentera Thai bersedia melengkapkan pasukan sukarelawan baru dengan 2,700 raifal dalam usaha mengukuhkan operasi keselamatan di selatan negara itu.

Menerusi rancangan dipersetujui dalam mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Prawit Wongsuwon, tentera akan mendapatkan senjata untuk Kementerian Dalam Negeri bagi diagihkan kepada sukarelawan itu.

Jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Banphot Poolpian berkata, langkah itu diharap dapat menguatkan lagi sukarelawan pertahahan yang terdiri daripada penduduk tempatan ketika dua lagi orang terbunuh dan tiga cedera di Pattani, kelmarin.

Pengagihan senjata itu antara isu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa baru yang bertanggungjawab melaksanakan dasar keselamatan di wilayah selatan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:03 AM


SEKUMPULAN murid belajar di bawah khemah di Pattani pada hari pertama semester baru persekolahan di Thailand semalam, selepas sekolah mereka musnah dalam kebakaran, bulan lalu.

No comments:

Post a Comment