13 November 2014

Khanchit dijatuhi hukuman mati


Bangkok: Mahkamah wilayah Samut Sakhon semalam menjatuhi hukuman mati ke atas bekas ahli parlimen Parti Demokrat, Khanchit Thapsuwan kerana terbabit dalam pembunuhan seorang ahli politik Parti Pheu Thai hampir tiga tahun lalu.
Khanchit yang pernah mewakili kawasan Samut Sakhin disabitkan kesalahan menembak mati Udon Kraiwatnussorn di sebuah stesen minyak di Tha Sai, Muang pada 25 Disember 2011.
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Khanchit pada 26 Disember dan dia menyerah diri kepada polis sehari kemudian.
Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan kerana tertakluk kepada perlindungan imuniti ketika parlimen bersidang.
Dalam siasatan, Khanchit menafikan semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Polis mengarahkan dia menyerahkan sepucuk pistol miliknya untuk pemeriksaan, tetapi dia menolak.
Khanchit akhirnya dituduh di mahkamah pada 28 Jun 2012.
Penyiasat berkata, Khanchit dan Udon mempunyai masalah peribadi kerana berebut seorang wanita.
Mereka terserempak di stesen minyak berkenaan ketika Udon dalam perjalanan ke sebuah sekolah di daerah Krathum Ban.
Udon kemudian ditemui mati di dalam tandas stesen minyak itu dengan lapan kesan tembakan di kepala. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8680#sthash.L9UQlZaB.dpuf

No comments:

Post a Comment