4 November 2014

Janji kembali aman dalam setahun

Bangkok: Junta tentera Thailand berjanji mengembalikan keamanan di selatan negara itu dalam tempoh setahun walaupun rundingan damai dengan pejuang pemisah Islam belum berjaya menampakkan hasil.
Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwan berkata, kerajaan mencuba sedaya upaya menamatkan keganasan di kawasan majoriti Muslim itu.
Prawit bagaimanapun berkata, konflik semasa di wilayah itu masih berterusan.
“Serangan pemberontak berlaku kerana kami menangkap ramai orang termasuk pemimpin kumpulan terbabit menghasut masyarakat menyertai keganasan,” katanya.
Sejak Januari 2004, keganasan di wilayah selatan Thailand mengorbankan lebih 5,700 orang.
Dalam kejadian terbaru Jumaat lalu, seorang wanita maut dan sekurang-kurangnya dua cedera dalam serangan bom berasingan di Pattani.
Kata Prawit, serangan pemberontak dilakukan sebagai tindakan membalas dendam terhadap operasi pihak berkuasa.
Keganasan terbaru itu terjadi ketika Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha cuba memaparkan imej lebih baik bagi mengekang keganasan di Pattani, Yala dan Narathiwat. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:15 AM




SEORANG anggota tentera berbual dengan pelajar di sebuah sekolah di Pattani, selatan Thailand, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6427#sthash.uj2b3gxK.dpuf

No comments:

Post a Comment