1 November 2014

Saman terhadap Yingluck ditolak


Bangkok: Mahkamah Pentadbiran Agung semalam menolak saman terhadap bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra dan beberapa tokoh lain yang terbabit dalam skandal pegurusan air Thailand.
Pengerusi Persatuan Stop Global Warming, Srisuwan Janya dan 44 plaintif lain mengemukakan saman terhadap Yingluck, Suruhanjaya Air dan Polisi Banjir Kebangsaan dan Jawatankuasa Strategik Pengurusan Sumber Air pada tahun lalu.
Dalam tuntutan itu, mereka mahu projek mega bernilai THB350 bilion (RM35 bilion) dibatalkan kerana perancangannya bercanggah dengan perlembagaan.
Pembinaan itu juga, kata plaintif, akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar dan sosial.
Sebelum ini Srisuwan berkata, dia yakin mahkamah akan membuat keputusan seperti Mahkamah Pentadbiran Pusat pada 27 Jun 2013 yang mengarahkan kerajaan menjalankan kajian kesan projek itu sebelum ia dilaksanakan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5716#sthash.rrCH8A9s.dpuf

No comments:

Post a Comment