12 February 2016

Tawan pangkalan pemisah

Pattani: Pasukan keselamatan Thai menawan sebuah pangkalan pemisah di daerah Nong Chik di sini, semalam dan merampas sejumlah besar bahan untuk membuat bom dan senjata.
Timbalan ketua polis Thai, Leftenan Jeneral Suchart Thirasawat berkata, pangkalan berkenaan ditawan selepas pertempuran dengan sekumpulan lelaki bersenjata.
Seorang suspek Sabari Che-ali, 30, yang ditangkap, mengaku dia pembuat bom.
Katanya, dia menganggotai kumpulan pemisah yang diketuai Seri Waemamu, lelaki yang diburu pihak berkuasa Thai sejak sekian lama.
Suchart berkata, Sabari memberitahu polis, dia diajak menyertai kumpulan berkenaan oleh Maolana Samo dan diberikan tugas membuat bom bersama seorang lagi yang dikenali sebagai Isyasa Hayae.
Lima suspek lain melarikan diri selepas pertempuran. Mereka dikenali sebagai Maolana Samo, Chamroen Umasa, Isyasa Hayae, Fadlan Sohman dan Annungwa Kaso.
Pangkalan yang ditawan semalam terdiri daripada tiga pondok yang dikelilingi hutan bakau dan hanya boleh dijejaki dengan bot.
Menurut Suchart, ia mungkin digunakan sejak dua tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 7:48 AM


PEGAWAI menyoal siasat suspek yang ditangkap.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114301#sthash.aJSyeusu.dpuf

No comments:

Post a Comment