12 February 2016

Baju Merah akan tolak perlembagaan junta


JATUPORN PROMPAN. BANGKOK – Pergerakan pro-demokrasi, Baju Merah Thailand akan mengundi untuk menentang perlembagaan baharu junta tentera dalam satu pilihan suara atau referendum yang bakal diadakan, tegas pemimpinnya semalam, tindakan yang mungkin menyebabkan kemelut politik di negara itu semakin merun­cing.
Permainan politik itu menyusul sehari selepas junta tentera yang merampas kuasa dua tahun lalu, memberitahu bahawa ia akan mengadakan satu pungutan suara berhubung usul perlembagaan itu pada Julai depan.
Kemelut demokrasi hampir 100 tahun di Thailand menyaksikan sebanyak 12 rampasan kuasa oleh tentera sejak sistem pemerintahan beraja mutlak dibubarkan pada 1932, manakala perlembagaan dimansuhkan dan ditulis semula setiap kali kuasa bertukar tangan.
Baju Merah menyokong bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan abangnya, Thaksin. Kedua-duanya digulingkan tentera sebelum ini.
Keluarga Shinawatra dan sekutu mereka memenangi setiap pilihan raya di Thailand sejak 2001 hasil sokongan penduduk luar bandar yang miskin di utara dan timur laut negara itu.
“Baju Merah akan undi untuk menolak perlembagaan dalam referendum ini. Kita akan lihat hasilnya pada hari referendum tersebut,” kata pengerusinya, Jatuporn Prompan semalam.
Jika diluluskan, usul perlembagaan itu antara lain akan membolehkan Perdana Menteri Thailand dilantik dan bukan dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3zvJQ58KZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment