17 January 2015

Yingluck tak hadir perbicaraan kedua

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thai Yingluck Shinawatra (gambar) semalam gagal menghadirkan diri pada perbicaraan kedua untuk mendakwanya di Parlimen negara itu semalam.
Dia sebaliknya menghantar bekas menterinya yang terbabit dalam program kontroversi subsidi beras bagi menjawab soalan daripada anggota Parlimen.
Parlimen Thai akan mengadakan perbicaraan kali ketiga dan terakhir minggu pada 22 Januari sebelum mengundi keesokannya untuk sama ada mendapati dia bersalah kerana cuai dalam melaksanakan tugas.
Jika didapati bersalah, dia akan diharam bergiat dalam politik selama lima tahun.
Yingluck, perdana menteri wanita pertama Thai hadir pada perbicaraan pertama minggu lalu dan mempertahankan program berkenaan.
Katanya, prosiding terhadapnya hanya sia-sia kerana tidak memegang sebarang jawatan untuk disingkirkan.
Pada perbicaraan semalam, anggota Parlimen mempersoalkan alasan dia tidak hadir pada perbicaraan kedua.
Bagaimanapun, penasihat guaman bekas perdana menteri itu, Phichit Chuenba berkata, Yingluck sudah menjawab semua soalan pada perbicaraan pertama.
“Dia sudah menjelaskan dan menjawab setiap soalan. Kerana itu dia menghantar bekas menteri yang terbabit dalam program itu untuk menjawab soalan hari ini (semalam),” kata Phichit.
Keputusan mengharamkan Yingluck memegang jawatan memerlukan tiga perlima undi. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24257#sthash.9yrvT8Ve.dpuf

No comments:

Post a Comment