5 January 2015

Narathiwat berjaga-jaga sepenuhnya


Narathiwat: Unit keselamatan di semua 13 daerah di sini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan keganasan sempena ulang tahun ke-11 serangan kumpulan pemisah terhadap sebuah kem tentera di daerah Cho Airong, semalam.
Pasukan tentera, polis dan awam mengadakan sekatan jalan raya di hampir semua jalan utama dan jalan lain, memeriksa orang ramai dan kenderaan bagi menjejaki militan bersenjata.
Ia bertujuan menghalang sebarang kemungkinan serangan.
Dalam kejadian 11 tahun lalu, sejumlah anggota pemisah melancarkan serangan mengejut terhadap kem tentera berkenaan, menyebabkan empat tentera terbunuh. Mereka juga melarikan 413 senjata.
Pihak berkuasa mendakwa senjata itu digunakan kumpulan berkenaan dalam semua 16,969 keganasan sejak kejadian.
Tentera mengesan semula 104 daripada senjata berkenaan, termasuk 90 raifal M16, lapan pistol 11mm, tiga raifal SKS, dua raifal AK47 dan sepucuk senapang patah.
Berikutan serangan 4 Januari 2004 itu, waran tangkap dikeluarkan terhadap 11 suspek. Dua daripada mereka, Masuki Seng dan Sa-i-sun Abdul Roha, sudah ditangkap. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21573#sthash.CXPvEvMr.dpuf

No comments:

Post a Comment