21 January 2015

Tiada tolak ansur


Agensi
Bangkok
Perdana Menteri Thai Prayut Chan-o-cha menolak dakwaan konflik baru akan meletus jika bekas pemimpin negara itu, Yingluck Shinawatra didakwa oleh Parlimen, Jumaat ini.
Parlimen akan mengundi berhubung dakwaan terhadap Yingluck selain bekas Speaker Somsak Kiatsuranon dan bekas Speaker Senat Nikhom Wairatpanich.
Proses undian dilakukan secara berasingan terhadap mereka.
Yingluck berdepan dakwaan kerana cuai dalam menjalankan tugasnya berhubung skim pembelian beras ketika mempengerusikan Jawatankuasa Polisi Beras Kebangsaan.
Prayut berkata, dia tidak akan bertolak-ansur jika berlaku sebarang kekacauan sekiranya Parlimen memutuskan mendakwa mereka bertiga. Menurutnya, undang-undang perlu dihormati.
Sehubungan itu, dia memberi amaran supaya orang ramai tidak berhimpun atau menghasut melakukan keganasan terhadap kerajaan.
“Adakah wajar menggunakan keganasan, mengheret orang ramai supaya memprotes dan menggunakan senjata atau mendesak negara lain masuk campur?” soalnya.
Dia turut menafikan kemungkinan dakwaan berkenaan sepatutnya dketepikan dan berkata: “Mereka melanggar undang-undang. Kalau begitu wajarkah kita ketepikan juga dakwaan terhadap mereka yang didakwa membunuh atau melakukan rasuah?”
Dia tidak menolak semua pihak mampu berdamai melalui dialog, namun menegaskan undang-undang tetap perlu dipatuhi dalam apa keadaan sekalipun.
“Sesiapa yang melakukan kesalahan perlu melalui hukuman penjara sebelum dapat diampunkan.
“Bagaimanapun, sukar untuk orang yang disabitkan kes rasuah mendapat pengampunan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:11 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25197#sthash.WeZH0fep.dpuf

No comments:

Post a Comment