26 March 2016

Wartawan dan lelaki maut ditembak di Yala

Tembak

26 MAC 2016 Gambar hiasan. PATTANI – THAILAND.  Seorang wartawan di balai polis tempatan dan seorang lelaki maut ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Bado, Yala awal pagi tadi.
Penolong Ketua Polis Yala, Kol  Pol Krisada Keawjandee berkata, pihak polis menerima laporan tentang kejadian yang mengorbankan Duraning Samoh, 51, dan Abdul Aziz Salleh, 36, pada jam 6.30 pagi tadi.
"Duraning Samoh meninggal dunia di hospital manakala wartawan berkenaan Abdul Aziz Salleh ditemui mati ditempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, penduduk tempatan melapor mereka mendengar beberapa das tembakan di sebuah pondok di kebun getah terbabit kira-kira jam 4 pagi tetapi tidak berani menghampiri lokasi berkenaan.
"Hanya kira-kira jam 6 pagi penduduk pergi ke pondok berkenaan dan menemui kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditembak," katanya.
Polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian. - Bernama

No comments:

Post a Comment