11 June 2016

14 cedera dalam letupan bom motosikal di Jalan Pattani-Hatyai


10 Jun 2016 11:38 AM


Bom

ANGGOTA tentera mengawal kawasan kejadian letupan bom motosikal yang mencederakan 14 orang di Jalan Pattani-Hatyai berhampiran daerah Nong Chik petang semalam. - BERNAMA

PATTANI 10 Jun - Seramai 14 orang cedera termasuk dua anggota tentera parah dalam kejadian letupan bom motosikal di Jalan Pattani-Hatyai berhampiran daerah Nong Chik, Pattani petang semalam.
Ketua Polis Pattani, Mej. Jen. Phongsak Wangsupa berkata, sasaran bom buatan sendiri seberat 30kilogram (kg) itu adalah sebuah bas tentera membawa pelajar dari Kem Ingkayuthaborihan ke bandar Pattani.
"Nasib baik, ketika kejadian bas terbabit tidak membawa sebarang pelajar. Bagaimanapun letupan itu menyebabkan sebuah kereta dinaiki dua anggota tentera rosak teruk dan mengakibatkan mereka mengalami kecederaan parah," katanya kepada pemberita malam tadi.
Selain itu katanya, sebuah van membawa penumpang dari Pattani ke Hatyai turut terkena serpihan bom terbabit mengakibatkan beberapa penumpangnya mengalami kecederaan.
Phongsak berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang kejadian dan melihat kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/14-cedera-dalam-letupan-bom-motosikal-di-jalan-pattani-hatyai-1.340669#sthash.zyX0XF1o.dpuf

No comments:

Post a Comment