7 May 2013

Ketua balai bunuh diri depan drebar


Pattani: Ketua balai polis daerah Kapo di Pattani semalam menembak dirinya sendiri di depan pegawai bawahan ketika menunggu untuk bertemu pakar psikiatri bagi membincangkan masalah tekanan berkaitan kerja.

Insiden tembakan itu berlaku dalam kereta dipandu Korporal Tawan Saikiri, ketika Kolonel Adul Peenaba-ngo, 45, dalam perjalanan dari Pattani ke wilayah Yala dengan isterinya untuk bertemu pakar psikiatri di sebuah klinik di Siroros. Tawan memberitahu polis bahawa dia memarkir kereta itu kira-kira 50 meter dari klinik dan isteri Adul keluar untuk bertemu dengan petugas di dalam klinik itu, meninggalkan suaminya menunggu di dalam kereta.


Adul kemudian mengeluarkan pistol .357-calibre miliknya dan melepaskan satu das tembakan di pelipisnya.



Adul yang berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke Hospital Yala, di mana dia kemudian disahkankan meninggal dunia. Tawan berkata, tekanan berkaitan kerja mungkin menjadi punca kejadian bunuh diri itu kerana Adul begitu serius dengan kerjanya. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

No comments:

Post a Comment